Friday, November 6, 2009

telur dadar berkuah

resepi ini disediakan untuk tiga orang


3 biji telurs
hiris halus tiga bahan berikut
1 bawang besar (about 1.5" diameter)
2 ulas bawang putih
1 biji tomato (about 2.5" diameter)

untuk membaut kuah
campurkan sos berikut dalam mangkuk, kacau pukul dengan garpu
1 sudu besar kicap masin
1 sudu besar apple cider vinegar
1 sudu besar sos chilli
1 sudu besar air hexagon
1 sudu teh serbuk kulit kayu manis
1 sudu teh lada hitam

4 sudu besar minyak kelapa dara (vco)

sayur mentah ikut suka

mulakan memasak
bagi setipa telur, pukul dengan garpu
panaskan 1 sudu besar vco
masukkan telur ke dalam kuali, taburkan beberpa hiris bawang, bawang putih dan tomato ke atas telur, masak dengan api kecil
apabnila telur hampir masak, angkat separuh tutup dan masukkan ke dalam pinggan hidang
ulangi utnuk dua telur lagi

hiaskan keliling telur dengan sayr mentah seperti karot, timun jepun, kobis, brokoli dan sebagainya sekurang2nya 3 warna yang berlainan.

panaskan 3 sudu vco dlam kuali
tumis bawang, bawan putih
masukkan tomato
masukkan campuran sos
setelah mendidih, biarkan selama 30 saat
angkat dan tuang ke atas telur dan sayuran
hidangkan

makan dengan nasi perang dan ayam goreng krispi buat sendiri

tidak perlu masukkan garam atau gula kerana sos telah masin dan manis

Sunday, May 24, 2009

Kebab Ayam

3 ketul ayam bahagian dada utk 3 orang makan
1 bawang besar
3 tangkai daun bawang
2 tangkai daun selasih
1 cili
1 biji tomato
1 sudu teh sebuk kunyit
1 sudu teh lada hitam halus
1 sudu makan sos tiram
1 sudu teh lada hitam kasar
garam secukup rasa (1/4 sudu teh)
2 sudu besar minyak kelapa dara
3 roti nan wholemeal

Cara
1. ayam dipotong dadu dan diperam dengan garam, kunyit, lada hitam halus, sedikit bawang, cili dan daun selasih.
2. tomato dipotong dadu kecil
3. daun bawang dipotong 5mm
4. panaskan minyak
5. gorengkan ayam serta bahan peram sehingga masak
6. masukkan sos tiram, gaul sehingga sebati
7. masukkan bawang dan daun bawang (bahagian bawah) , gaul sehingga sebati
8. masukkan tomato dan daun bawang (bahagian atas), gaul sehingga sebati
9. kelaurkan dan hidangkan dengan roti nan yang telah dipanaskan.